
10 Mac - Program Solat Dhuha bertempat di Surau MBMB yang dianjurkan oleh Kelas Agama MBMB telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota MBMB.
Solat dhuha diimamkan oleh En. Farhan dan tazkirah telah disampaikan oleh En. Norman bin Hj. Taib, Jabatan Perancangan Bandar MBMB.
Tazkirah yang disampaikan adalah berkisar mengenai Keikhlasan Dalam Menjalankan Pekerjaan. Setiap pekerjaan yang kita lakukan adalah ibadat dan perlulah dilaksanakan dengan ikhlas tanpa berkira. Dan semoga dengan keikhlasan ini memberi ganjaran yang selayaknya di sisi Allah SWT.
8 Mac - YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka meluangkan masa beliau meninjau suasana Bazar Raya Ikonik Banda Hilir. Hadir sama YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB serta Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB. Bazar raya ikonik Banda Hilir ini menyediakan pelbagai keperluan serta persiapan untuk orang ramai menyambut Hari Raya Aidilfitri. MBMB turut menyediakan kemudahan surau dan tandas awam berdekatan Taman Bunga Merdeka bagi memberi keselesaan kepada pengunjung.



