
14 Mac - Program Santunan Kasih Ramadan anjuran Yayadan Royfaizal telah diadakan di Bazar Ikonik, Banda Hilir.
Hadir merasmikan YB Datuk Hj. Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, Timbalan EXCO Sains, Teknologi , Inovasi dan Komunikasi Digital, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman , Datuk Bandar MBMB serta Datuk Royfaizal selaku penaja utama program ini.
Antara program yang dijalankan adalah membeli busana hari raya bersama anak-anak yatim terpilih . Semoga dengan sedikit sumbangan ini anak-anak ini dapat beraya dengan ceria dan lebih bermakna.



