Program Sambutan Hari Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat MBMB 2024 telah diadakan di Dewan Taming Sari MBMB yang bertemakan Perubahan Iklim Kepada Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

21 Mei – Program Sambutan Hari Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat MBMB 2024 telah diadakan di Dewan Taming Sari MBMB yang bertemakan Perubahan Iklim Kepada Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Pelbagai program telah diatur. Antaranya pemeriksaan dan saringan kesihatan , pameran keselamatan dan Kesihatan, saringan kanser, kempen derma darah dan perkhidmatan JPJ mobile. Pertandingan Ubah Lirik Lagu Popular dan Video Tiktok turut diadakan secara atas talian dan para pemenang turut di raikan pada majlis ini.

Satu ceramah Kesihatan bertajuk Kesejahteraan Kesihatan Mental di Tempat Kerja telah disampaikan oleh influencer yang tidak asing lagi iaitu Dr. Malar Santhi Santherasegapan.

Majlis ini juga telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB. Hadir sama adalah Clr. Mustafa bin Mohamed Baboo , Ketua Ahli Majlis MBMB, Ahli-ahli Majlis MBMB, Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya MBMB,Ketua-ketua Jabatan dan Unit MBMB, wakil-wakil kontraktor, wakil-wakil PBT dan rakan strategik MBMB.

Jom kita bersama-sama menuju budaya kerja selamat dan sihat di tempat kerja.

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Directory : MBMB Directory
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Tuesday 16 December 2025, 09:30:31.

Total Visitors

04410410

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2025 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.