25 Mac - Program Ramadan Perdana Sempena Ulang Tahun ke-22 Bandaraya Melaka Bersejarah telah berlangsung di Dewan Taming Sari, MBMB. Penceramah pada hari ini merupakan Pakar Motivasi terulung negara iaitu YBhg. Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah bin Kamsah dengan tajuk ceramah beliau "Integriti Dalam Islam dan Amalan Terbaik 10 Terakhir Ramadan".
Hadir menyampaikan kata-kata aluan, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB. Hadir sama, barisan ahli-ahli Majlis, ketua-ketua jabatan dan unit, serta warga kerja Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Semoga dengan perkongsian ilmu yang beliau sampaikan pada hari ini memberi manfaat kepada seluruh warga kerja MBMB. Pelbagai amalan yang boleh dilaksanakan setiap hari bagi menyuntik semangat dan energi positif bermula dari awal pagi.
YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB turut meluangkan masa beliau mendengar ceramah yang disampaikan dan beliau turut menyerahkan cendera kenangan kepada YBhg. Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah bin Kamsah.





