18 Mei - Program Pledge and Plant A Tree telah dijalankan di Taman 1 Krubong, Krubong. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin,EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran , Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana.
Hadir sama, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman , Datuk Bandar MBMB, TPr. Hjh. Mazrina bin Dato’ Abdul Khalid , Bendahari Kehormat MIP, Ahli-ahli Majlis, Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya dan Ketua-Ketua Jabatan serta anggota MBMB.
Program ini merupakan anjuran MBMB dan Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP). Program PAPAT ini turut ditaja oleh 7 penaja yang bermurah hati iaitu KEB Properties Sdn Bhd dan Teladan Setia bagi Tajaan Gold manakala bagi Tajaan Bronze telah ditaja oleh Teobros Development , Urban SCALE Studio Sdn Bhd, RHB bank, Ikhtisas Planner , Home Spectrum, Anjuran Lagenda dan Paduwan Realty.
Semoga usaha memelihara alam sekitar dengan menanam pokok ini dapat mengurangkan peratusan pelepasan karbon.




