
21 Julai -Program Penyerahan Lesen Penjaja Taman Desa Duyong dan Taman Duyong Bestari sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat DUN Duyong telah diadakan di tapak penjaja Taman Desa Duyong dan Taman Duyong Bestari.
Penjaja yang terlibat adalah seramai 14 orang di Taman Desa Duyong dan 24 penjaja di Taman Duyong Bestari. Hadir menyantuni peniaga-peniaga tersebut, YB Datuk Hj. Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, ADUN Duyong, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Clr. Abd Razak bin Abu, Ahli Majlis MBMB, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya, Tn. Mohd Shaiful Hizam bin Johan, Pegawai Daerah Melaka Tengah, ketua-ketua jabatan MBMB dan pegawai-pegawai kanan MBMB.
Para peniaga turut menerima kit berupa apron dan topi kegunaan sewaktu menjalankan perniagaan. Terima kasih semua!!!



