1 Jun - Program Melaka Bila Larut Malam ‘Melaka Nightlife’ berlangsung dengan cukup meriah pada malam Sabtu minggu pertama ini.
Program ini yang bermula jam 11.00 malam sehingga 2.00 pagi menawarkan harga tiket serendah RM10 di lokasi-lokasi tumpuan pelancong seperti Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, Zoo Melaka, Muzium Penjara, Muzium Samudera serta Mahkota Parade turut melanjutkan tempoh operasinya bagi menyokong program ini.
YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh hadir bersama-sama YB Datuk Abdul Razak bin Abdul Rahman, EXCO Pelancongan , Warisan , Seni dan Budaya serta Timbalannya YB Datuk Hj. Zaidi bin Attan menyaksikan kemeriahan Program Bila Larut Malam, Banda Hilir yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti termasuk lintasan perarakan polis berkuda, persembahan flashmob Muzium Penjara Melaka, persembahan kombo MBMB, pancaragam Jabatan Bomba Dan Penyelamat, tarian daripada INSWA , persembahan pancaragam RELA dan pelbagai lagi.
Hadir sama YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB , Tn . Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya MBMB.
Tahniah semua yang terlibat!




