

28 Mac - Program Mega Kacau Dodol Raya telah berlangsung di perkarangan Memorial Pengisyiaharan Kemerdekaan, Banda Hilir.
Tetamu kehormat, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka menyantuni para pengacau dodol yang diwakili oleh agensi dan PBT negeri Melaka.
Hadir sama barisan EXCO dan Timbalan EXCO Kerajaan Negeri Melaka, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Ahli-ahli Majlis, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya serta pegawai-Pegawai kanan MBMB.
Turut diadakan edaran dodol panas kepada orang awam di sekitar kawasan tersebut.



