23 Julai - Program Kayuhan Bersama YB Dato’ Azhar bin Hj. Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Dan Lawatan Pemantauan Projek Kawasan Duyong Sempena Program WRUR Duyong telah diadakan bermula di Pejabat Landskap Taman Bandaraya Bukit Serindit.
Hadir mengiringi beliau semasa kayuhan basikal YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, YBrs. Tuan Mohd Shaiful Hizam bin Johan , Pegawai Daerah Melaka Tengah, YBrs. Tuan Ir. Mohamad Salzeli bin Mokhtar, Pengarah Jabatan Kerja Raya, YBrs. Tuan Haji Mohd Shahrul bin Shari , Pengarah Pembangunan Negeri Melaka,
, YBrs. Tuan Ir. Mohd Adnan bin Ahmad Fauzi , Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Melaka serta MBMB RIDERS .
Pemantauan projek pertama melibatkan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Duyong, Melaka. Seterusnya ke tapak projek Cadangan Menaiktaraf Parit Monsoon Di Taman Desa Duyong.



