
15 Mac - Program Iftar Santai Dan Festival Kuih Tradisional Negeri Melaka Tahun 2026 telah berlangsung di Perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan , Banda Hilir, Melaka.
Orang ramai dilihat mula memenuhi Perkarangan Memorial seawal jam 6 petang di samping turut berlangsung pembuatan kuih tradisional dan aktiviti mengacau dodol melibatkan agensi dan jabatan Negeri Melaka.
Orang ramai turut beriftar bersama-sama walaupun hujan lebat membasahi bumi Melaka . Turut diadakan penyampaian sumbangan duit raya kepada abang-abang beca oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka diiringi oleh YB Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman,
EXCO Pelancongan, Warisan , Seni dan Budaya. Turut hadir YB Datuk VP Shanmugam a/l Pitchay, EXCO Belia, Sukan dan NGO , YB Datuk Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka , YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, En. Nasrul bin Ahmad , Pengurus Besar BPP , Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, ahli-ahli Majlis serta Ketua jabatan dan unit MBMB.
Turut berlangsung penyampaian sumbangan berjumlah RM2,000 kepada Gabungan Dakwah Malaysia Negeri Melaka dan Pertubuhan Cacat Penglihatan Negeri Melaka. MBMB turut memberikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.



