
8 Januari - Program "Back To School" Gunting Rambut Percuma untuk anak-anak Ahli Anulae telah diadakan di Dewan Taming Sari MBMB telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB. Hadir sama Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB dan En. Norman bin Hj. Taib, Pengerusi Anulae Negeri Melaka. Seramai 65 orang anak-anak anggota yang akan memulakan sesi persekolahan pada minggu hadapan, telah menyertai program gunting rambut percuma ini.



