
25 Julai - Telah berlangsung Program CSR Penanaman Pokok Di Antara Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sempena Konvoi Motosikal Negeri Melaka. Konvoi daripada MP Kemaman seramai 45 orang ini tiba di Dataran Bandaraya MBMB diketuai oleh En. Manain bin Mat Harun, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MPK, merangkap Naib Pengerusi KKSMPK.
YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB menyambut mesra delegasi dan turut hadir Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB serta Ketua-ketua jabatan MBMB.
Sejurus itu, konvoi bergerak ke Taman Bandaraya Bukit Serindit dan sesi tanam pokok diadakan di belakang Stadium Bola Keranjang, Bukit Serindit.



