Program Cahaya Kasih Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-23 Bandaraya Melaka Bersejarah

 

19 4

19 April - Program Cahaya Kasih Sempena Sambutan Ulang Tahun ke - 23 Bandaraya Melaka Bersejarah dan Sambutan Aidilfitri telah diadakan di Sekolah Tunas Bakti, Lereh.

Program ini dimulakan dengan sesi ramah mesra antara anak-anak sekolah ini dengan aktiviti membakar kuih bahulu dan kuih bakar bersama para guru dan anggota Jabatan Pengurusan Korporat dan Komuniti. Para pelajar juga turut diraikan dengan majlis sambutan Aidilfitri dan disempurnakan oleh YB Datuk Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, Timbalan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan , Saliran , Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana mewakili YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin.

Hadir sama YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Clr. Mustafa bin Mohamed Baboo, Ketua Ahli Majlis MBMB, ahli-ahli Majlis, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB serta ketua jabatan dan pegawai kanan MBMB.

Turut diadakan penyampaian mock cheque bernilai RM3,000 kepada Sekolah Tunas Bakti dan mock cheque bernilai RM1,000 daripada Pusat Pakaian Hari-Hari bagi tujuan membeli kelengkapan persekolahan. Turut diadakan penyampaian cenderahati kepada anak-anak yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM tempoh hari. MBMB juga turut meraikan anak-anak dengan memberikan sumbangan sagu hati raya kepada semua .

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Directory : MBMB Directory
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Thursday 04 June 2026, 07:23:01.

Total Visitors

04599259

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2026 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.