24 Februari – Telah berlangsung Program Bual Bicara Ramadan anjuran Kelas Agama & Motivasi MBMB, bertempat di Dewan Taming Sari, MBMB.
Penceramah jemputan adalah Al-Fadhil Ustaz Harryanto Rizal bin Rokman, tokoh ilmuan yang tidak asing lagi. Hadir sama menyerikan majlis adalah YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Sr. Hj. Mohd Nasir bin Bakri, Pengerusi Kelas Agama & Motivasi MBMB, Ketua-ketua Jabatan dan Unit serta warga kerja MBMB.
Terdahulu, satu sesi kunjung hormat Al-Fadhil Ustaz ke pejabat YBhg. Datuk Bandar turut diadakan sebelum sesi bual bicara diadakan.
Program sempena mengimarahkan bulan Ramadan ini adalah bagi menjawab serta merungkai segala persoalan yang diajukan mengenai ibadah puasa. Semoga perkogsian ilmu ini menjadi asbab kebaikan dan panduan dalam meraih Ramadan yang lebih bermakna.




