
15 Julai - Program Bandaraya Penyayang MBMB diteruskan lagi di DUN Pengkalan Batu.
Kerja-kerja gotong-royong dilaksanakan oleh anggota Jabatan Kewangan dengan membersihkan halaman rumah dan mengemas peralatan rumah. Selain itu, kerja-kerja mengecat dinding rumah dan pembaikan atap turut dilaksanakan .
Hadir menyantuni keluarga ini YB Datuk Hjh Kalsom binti Nordin, ADUN Pengkalan Batu, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Clr. Muhammad Najmi bin Mohd Nordin, Ahli Majlis kawasan MBMB, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, serta anggota Jabatan Kewangan.
Beliau turut menerima sumbangan wang tunai serta kit makanan dan peralatan rumah .



