28 Februari - Program Anda Kitar Kami Bayar @ Ramadan telah berlangsung di Dataran Bandaraya petang tadi.
Kutipan keseluruhan adalah sebanyak 8,479 kilogram mengikut pecahan seperti berikut :
Naskah Yassin & Buku Agama: 68kg
Pemuliaan Al-Quran: 186kg
Minyak: 2169kg (RM6507)
Ewaste: 991kg (RM297.30)
Fabrik: 1915kg (RM95.75)
Tetrapak dan botol kaca: 89kg
3R: 2790.75kg (RM692.50)
Sisa makanan: 29.3kg (RM29.30)
Bateriku: 240kg
YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB turut hadir menyantuni rakan strategik AKKB dan warga bandaraya yang hadir menghantar barangan kitar semula.
Terima kasih kepada seluruh warga bandaraya Melaka yang menyokong program ini dengan mengitar semula pelbagai barangan di samping menjana ekonomi setempat .




