
11 Julai - Program Bandaraya Penyayang Dun Kesidang telah diadakan di kediaman Encik Muhammad Syazwan bin Abdullah, Lot 396-2, Batu 2 2/3, Tambak Balai Panjang, Melaka. Jabatan yang terlibat adalah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MBMB.
Kerja-kerja gotong-royong membersihkan dalam dan luar rumah telah diadakan, mengecat dinding rumah, membaikpulih pendawaian elektrik, membaikpulih pintu rumah dan tandas bagi tujuan memberi keselesaan kepada penerima bantuan program ini.
Hadir menyantuni beliau, YB Seah Shoo Chin, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, merangkap ADUN Kesidang serta YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB. Turut hadir, Clr. Encik Juhari bin Ahmad Salleh, Ahli Majlis MBMB (Dun Kesidang), Ahli-ahli Majlis, Sr. Hj. Mohd Nasir bin Bakri, Pengarah Penilaian & Pengurusan Harta, serta anggota-anggota Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, MBMB.
Beliau turut menerima kit makanan , sumbangan wang tunai serta peralatan elektrik dan kelengkapan rumah.



