27 Februari – Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah berbesar hati menerima kunjungan Persatuan Tarian Singa dan Naga Wen Wei bagi memeriahkan suasana dengan persembahan tarian singa yang berlangsung di Lobi Graha Makmur, MBMB.
Turut hadir menyaksikan persembahan penuh bertenaga ini adalah YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Clr. Mustafa bin Mohamed Baboo, Ketua Ahli Majlis MBMB, barisan Ahli-ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan dan Unit serta seluruh warga kerja MBMB.
Gegaran gendang dan aksi yang memukau menyemarakkan lagi kemeriahan sambutan serta mengeratkan semangat kebersamaan dan perpaduan berbilang kaum.




