
20 Julai - Turut diadakan Pertandingan Ratu Flora Cilik @ Mini Karnival Taman Bandaraya Bukit Serindit 2025 sempena WRUR Dun Duyong.
Kelihatan para peserta cilik ini begitu anggun dan berseri dengan mengenakan busana bertemakan flora hasil usaha ibubapa yang begitu kreatif dan berseni.
Pertandingan ini hanya terbuka untuk pelajar perempuan berumur 4-6 tahun dalam kalangan penduduk Dun Duyong dan disertai oleh 30 orang peserta.
Tahniah buat para peserta cilik dan ibubapa yang awesome!



