
15 Oktober - Telah berlangsung satu Perjumpaan Khas YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB bersama penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Bagi Tahun 2024 di Anjung Makmur.
Beliau turut menyampaikan amanat beliau kepada semua penerima APC agar sentiasa mengekalkan momentum dalam pekerjaan serta menambahbaik mutu kerja masing-masing.
Seramai 90 orang penerima APC pada tahun 2024 yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana. YBhg. Datuk Bandar turut menyerahkan surat jemputan ke Majlis Anugerah Perkhidmatan Awam Negeri (MAPAN) yang akan diadakan pada minggu hadapan. Hadir sama Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB.



