4 Mac 2025 - Telah berlangsung perjumpaan bersama penjaja sekitar Jalan Utama Klebang sehingga Persimpangan Batang Tiga yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB.
YBhg. Datuk Bandar telah menyatakan hasrat MBMB untuk menawarkan penempatan perniagaan yang baharu kepada semua penjaja yang telah dikenalpasti supaya perancangan pembangunan di sekitar kawasan tersebut dapat dilaksanakan. Seramai 6 penjaja telah hadir semasa perjumpaan tersebut dan menerima notis serta surat tawaran penempatan semula bagi perniagaan yang dijalankan. Hadir sama Clr. Mustafa Mohamed Baboo, Ketua Ahli Majlis MBMB merangkap Ahli Majlis Kawasan, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, Pn. Normala binti Abdul Aziz, Pengarah Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan MBMB, En. Katan bin Ahmad, Setiausaha JAPERUN Dun Klebang, serta wakil-wakil jabatan MBMB.
Semoga usaha yang dilakukan oleh MBMB ini akan beroleh manfaat dan keselesaan kepada peniaga dan pengunjung menjelang Hari Pelancongan Sedunia yang akan berlangsung pada bulan September nanti.





