Perhimpunan Bulanan MBMB Bil. 4/2025 & Sambutan Ulang Tahun Ke-22 Bandaraya Melaka Bersejarah

Picture43Picture43.1

15 April – Telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Pentadbiran MBMB Bil. 4/2025 bertempat di Dewan Taming Sari MBMB, yang di hoskan oleh Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB yang telah menyampaikan amanat beliau kepada warga kerja MBMB.

Turut diadakan penyampaian plak dan sijil penghargaan Anugerah Bandar Paling Bahagia 2025 dan penganugerahan Sijil Penghargaan kepada anggota MBMB yang telah bertugas pada 1 Syawal yang lalu di atas komitmen dan jasa yang telah dicurahkan. Tahniah dan syabas MBMB serta anggota-anggota yang terlibat.

Usai itu, berlangsungnya Sambutan Ulang Tahun Ke 22 Bandaraya Melaka Bersejarah dengan gimik pemotongan pulut kuning oleh YBhg. Datuk Bandar diiringi nyanyian lagu oleh pasukan Kombo MBMB.

Hadir sama, Clr. Mustafa bin Mohamed Baboo, Ketua Ahli Majlis, Ahli-ahli Majlis MBMB, YBrs. Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya, Ketua-ketua Jabatan dan Unit serta seluruh warga kerja MBMB.

Tahniah MBMB dan Selamat Menyambut Ulang Tahun ke 22 Bandaraya Melaka Bersejarah!

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Directory : MBMB Directory
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Wednesday 21 January 2026, 07:28:56.

Total Visitors

04454595

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2026 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.