
13 Oktober – Telah berlangsung Majlis Perasmian ‘Kolam’ sempena Sambutan Deepavali yang telah siap dipasang di Lobi Graha Makmur MBMB.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB bersama Ahli-ahli Majlis MBMB, Tn. Muhammad Firdaus bin Sharif, Setiausaha Bandaraya , Ketua-ketua Jabatan dan Unit MBMB serta anggota MBMB yang beragama Hindu.
Kolum bersaiz 13 kaki x 13 kaki merupakan hasil kerja tangan yang mempamerkan hiasan bentuk bersimetri dengan gabungan pelbagai warna yang sinonim dengan perayaan 'Pesta Cahaya' disamping sebagai elemen meraikan kunjungan tetamu.
Selamat Menyambut Hari Deepavali!
இனிய தீபாவளி நல்வாழ்த்துகள்



