
20 Julai - Mini Karnival Taman Bandaraya Bukit Serindit sempena WRUR DUN Duyong telah melabuhkan tirainya. Program ini telah berlangsung 3 hari bermula pada 18 Julai 2025 sehingga hari ini.
Majlis Perasmian Penutup Mini Karnival Taman Bandaraya Bukit Serindit sempena Program WRUR DUN Duyong telah disempurnakan oleh YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana. Turut hadir isteri beliau Datin Erni Aidilia binti Datuk Karim.
Hadir sama YB Datuk Hj. Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, ADUN Duyong, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB bersama isteri beliau, Clr. Mustafa bin Mohamed Baboo, Ketua Ahli Majlis MBMB, En. Mahathir bin Mustafa, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Unit Kerajaan Tempatan, Ahli-ahli Majlis MBMB, ketua-ketua jabatan dan unit, serta orang ramai khususnya warga Duyong.
Turut diadakan penyampaian hadiah bagi Pertandingan Mewarna Kanak-kanak yang diadakan pada pagi tadi.
Pemenang-pemenang adalah seperti berikut :
KATEGORI A (4-6 TAHUN)
TEMPAT PERTAMA
LOUISE WONG LOK SIE
TEMPAT KEDUA
NUR ALIYAH QAISARA BINTI MUHAMMAD
TEMPAT KETIGA
HOYU XUAN
KATEGORI B (7-9 TAHUN)
TEMPAT PERTAMA
WONG LER EN
TEMPAT KEDUA
NUR AISHAH DAMIA BINTI JUMAHIRUDIN
TEMPAT KETIGA
PUTRI RAISYA BINTI MOHD KHAIRI
Manakala bagi Pertandingan Ratu Flora Cilik telah disertai oleh seramai 30 orang peserta dan pemenang adalah seperti berikut :
TEMPAT PERTAMA - Nur Fitriyanny Batrisya Binti Mohd Faizal
TEMPAT KEDUA - Safiyyah Umairah Binti Mohd Hafiz
TEMPAT KETIGA - Nur Mardhiayana Binti Mazlan
Selain itu, turut diadakan penyampaian mock cheque dan sijil penghargaan bagi Pertandingan Landskap Dan Tandas Terbaik Kategori Stesen Minyak. Johan adalah Petron Semabok, Naib Johan Petron Lebuh SPA Krubong dan Tempat Ketiga Petron Lebuh SPA Bertam Ulu.
Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam Mini Karnival TBBS ini!!!



