Penghargaan Kepada Abang Beca Di Atas Sikap Jujur Dan Prihatin

 

Picture28

 

5 Januari - YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB berbesar hati menyampaikan Sijil Penghargaan kepada En. Riduan bin Salleh, pengayuh beca Melaka di atas sikap terpuji dan integriti beliau memulangkan beg tangan pelancong yang tertinggal di becanya. Sikap jujur yang ditunjukkan oleh En. Riduan mencerminkan nilai murni individu dan seluruh komuniti pengayuh beca malah turut menjaga imej dan nama baik negeri Melaka. YBhg. Datuk turut menasihatkn orang ramai serta para pelancong agar sentiasa menjaga keselamatan serta barang peribadi masing-masing, terutamanya di kawasan tumpuan pelancong yang sesak dengan kehadiran orang ramai. Semoga sikap keprihatinan dan amalan murni ini dapat dipraktikkan sepanjang masa seterusnya merancakkan Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Tahun Melawat Malaysia 2026. Kejujuran membina kepercayaan, keprihatinan menguatkan hubungan. Hadir sama Pn. Ts. Freda binti Hafiz Yeo, Timbalan Pengarah (Pentadbiran / Penggeraian) Jabatan Pelesenan dan Kesihatan Persekitaran MBMB serta Pegawai Kanan Jabatan.

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Directory : MBMB Directory
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Friday 30 January 2026, 01:28:51.

Total Visitors

04466242

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2026 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.