1 Mac - Memasuki tahun kedua penganjuran Bazar Ikonik Banda Hilir menyaksikan kehadiran ribuan pengunjung yang ingin merasai sendiri kemeriahan bazar di tengah bandar. Malam ini YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka hadir sendiri menyantuni para pengunjung dan peniaga Bazaraya Ikonik Banda Hilir. Hadir sama YB Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman, EXCO Pelancongan , Warisan , Seni dan Budaya serta YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman , Datuk Bandar MBMB dan penganjur Bazar Ikonik sendiri.
Bazar ini mula dibanjiri dengan kehadiran pengunjung yang tidak melepaskan peluang mencari barang keperluan menjelang Aidilfitri yang bakal tiba.




