
21 Julai - Satu Lawatan Tapak sempena Majlis Penutup Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Duyong telah diadakan di Dewan Terbuka Semabok Dalam.
Hadir mengetuai lawatan tapak YB Datuk Hj. Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, ADUN Duyong, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya, Tn. Mohd Shaiful Hizam bin Johan, Pegawai Daerah Melaka Tengah, Wakil JAPERUN Duyong , Wakil daripada jabatan dan agensi yang berkaitan.
Jom semua warga Bandaraya khususnya warga Dun Duyong kita hadir pada 26 Julai 2025 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi. Semoga Majlis Perasmian Penutup WRUR Duyong yang penuh dengan aktiviti menarik berjalan dengan lancar seperti yang dirancang!



