
15 Mac - Terima kasih kepada 200 pemilik motosikal LC Merdeka yang sudi singgah dan berkunjung ke Negeri Melaka dan mengabadikan kenangan dengan bergambar di Jejantas Tun Teja, mercu tanda pelancongan negeri Melaka yang baharu.
Hadir menyantuni mereka YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB serta Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB.



