
11 Ogos - Telah berlangsung Pembukaan Persidangan Penggal Pertama Dewan Belia Negeri Melaka Tahun 2025 Anjuran Jabatan Ketua Menteri Melaka di Anjung Makmur, MBMB.
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka turut hadir dan menyarungkan jubah kepada YB Datuk Khaidhirah binti Datuk Seri Abu Zahar selaku Speaker Dewan Belia Negeri Melaka. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan wakil-wakil belia Negeri Melaka.
Persidangan Dewan Belia Negeri Melaka ini merupakan pentas bagi belia menyuarakan pandangan, mencetus idea, dan membawa aspirasi anak muda ke tahap lebih tinggi.



