
13 Mac -Satu sesi pembentangan projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bersama Datuk Bandar, YBhg. Datuk Hj, Shadan bin Hj, Othman sempena Pertandingan Akhir Inovasi MALA 3.0 Piala YB Menteri KPKT bagi tahun 2024-2025 telah diadakan di Auditorium, MBMB. Hadir sama Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB.
2 kumpulan yang telah berjaya ke peringkat akhir iaitu kumpulan See First dengan projek M.SCIENCE ( Melaka Smart City Electronic Network ) dan Technologist Crew dengan tajuk i-TRAFIK MBMB ( Informasi Trafik MBMB ). Pertandingan akhir akan berlangsung pada 24 dan 25 April 2025 bertempat di Majlis Bandaraya Johor Bahru, Johor. Semoga kedua-dua kumpulan beroleh kejayaan.



