24 Februari -Telah berlangsung perjumpaan dan penerimaan surat pelantikan Setiausaha Bandaraya yang baharu, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff bersama YB Dato’ Azhar bin Hj. Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Seri Negeri.
Seterusnya, beliau mengadakan perjumpaan dan angkat sumpah di hadapan YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB di Pejabat Datuk Bandar. Hadir sama, Clr. Mustafa bin Mohamed Baboo, Ketua Ahli Majlis MBMB, Clr. Zamani bin Md. Isa, Timbalan Ketua Ahli Majlis MBMB, Tn. Hj. Mohd Nasir Bin Bakri, Pengarah Penilaian dan Pengurusan Harta dan Ketua-ketua jabatan MBMB.
Beliau seterusnya menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Pembangunan Sosioekonomi di Bilik Gerakan, MBMB. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan dan selamat menjalankan tugas.





