

28 Mac - Memasuki 27 Ramadan pada hari ini, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB meluangkan masa beliau menunaikan solat jumaat bersama komuniti setempat di Surau Ar Raudhah Taman Paya Rumput Perdana.
Turut diadakan Pelancaran 'Smart Surau' yang merupakan kolaborasi antara pihak surau dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Turut hadir Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya, Tn. Hj. Mohd Nasir bin Bakri, Pengerusi Surau Ar Raudhah serta pegawai-pegawai kanan yang terlibat.
Semoga usaha sama ini mendapat keberkatan dan manfaat buat penduduk setempat.



