
13 Oktober - Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Jubli Intan Rejimen Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia telah diadakan di Anjung Makmur dan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB.
Hadir sama Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, YBrs. Tuan Kol. Mohd Nizam bin Moladi, Pegawai Memerintah Rejimen 22 Komando serta pasukan beliau , wakil PDRM, Pn. Norena binti Jaafar, Jabatan Ketua Menteri Melaka, wakil Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Wakil Bahagian Promosi Pelancongan, wakil JKR dan wakil Encore Melaka.



