
12 Ogos - Mesyuarat Pembukaan Program Audit Dalaman Sistem Pengurusan Berintegrasi MBMB Tahun 2025 telah diadakan di Bilik Gerakan MBMB dan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB.
Hadir sama En. Syed Faddly bin Syed Bahrudin selaku Ketua Auditor bersama barisan auditor bertauliah akan melaksanakan pengauditan SPB meliputi skop pensijilan MS ISO 9001:2015, MS ISO 45001: 2018, MS 14001:2015 dan MS 37001:2025. Semua jabatan dan audit akan terlibat dengan pengauditan ini yang berlangsung sehingga 20 Ogos 2025.



