27 Januari - Mesyuarat Majlis Penuh Bil.1/2026 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah diadakan di Hotel Tamara, Melaka.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB. Hadir sama Clr. Mustafa bin Mohamed Baboo, Ketua Ahli Majlis MBMB, Ahli-ahli Majlis, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, serta Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Unit.
Semoga segala keputusan yang dicapai dalam mesyuarat bagi pembukaan tahun 2026 ini memberi manfaat kepada semua.




