
12 Julai - Melaka City Fun Run & Ride 3.0 sempena Vibrant Melaka 2.0 : Bridging Technology and Community For Urban Sustainability telah berlangsung di Perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan , Banda Hilir, Melaka.
Flag off peserta Fun Run dan Fun Ride telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj. Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem , Timbalan EXCO Sains, Teknologi , Teknologi , Inovasi dan Komunikasi Digital , YB Puan Leng Chau Yen, Timbalan EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti , serta YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB.
Hadir sama YBrs . Clr. Mustafa bin Mohamed Baboo, Ketua Ahli Majlis MBMB, ahli-ahli Majlis MBMB, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya serta Ketua-ketua jabatan dan unit MBMB.
Peserta Fun Run adalah seramai 697 orang dan 335 orang bagi peserta Fun Ride . Istimewanya edisi Melaka City Fun Run & Ride kali ini turut disertai oleh Persatuan Sukan Orang Pekak dan Persatuan Pekak Negeri Melaka. Rider-rider dan runner terdiri daripada Tranquerah Cycling , Ampang Cops Cycling , Team ACCT , Raiders Pulai Group , GK ride , MRSCC , Majlis Perbandaran Jasin Cycling Club , LBC, Geng Kayuh dan PERKESO.
Turut diadakan cabutan bertuah kepada peserta-peserta run & ride . Peserta turut menerima medal dan sijil penghargaan . Terima kasih kepada pihak Mamee, Helaz, Ben Physio dan Himalaya di atas kesudian bekerjasama bagi program ini.
Tahniah kepada semua peserta Melaka City Fun Run & Ride !!!!



