
24 Januari - YAB Datuk Seri Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri II mengadakan lawatan kerja ke Negeri Melaka. Beliau meluangkan masa beliau menyantuni anak-anak di Pondok Darul Mutaqin, Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah dan seterusnya ke Masjid Al Falihin. Hadir sama YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan , Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, YB Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman, EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya, barisan EXCO dan Timbalan EXCO, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj.Othman, Datuk Bandar MBMB serta Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB.



