Majlis Tadarus , Khatam Al-quran Dan Tahlil Perdana Sempena Ulang Tahun Ke-23 Bandaraya Melaka Bersejarah Tahun 2026

13 tadarus

 

13 Mac – Majlis Tadarus, Khatam Al-Quran dan Tahlil Perdana sempena Ulang Tahun Ke-23 Bandaraya Melaka Bersejarah Tahun 2026 telah berlangsung di Dewan Taming Sari, MBMB.

Majlis dimulakan dengan bacaan tadarus Al-Quran oleh anggota-anggota MBMB yang dibahagikan kepada 30 juzuk sebelum diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Tn. Hj. Abdul Rashid bin Rahman, Imam 1 Masjid Fathur Rahman Pengkalan Rama.

Hadir sama YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya, Tn. Hj. Mohd Nasir bin Bakri, Pengarah Penilaian dan Pengurusan Harta MBMB merangkap Pengerusi Kelas Agama dan Motivasi MBMB, serta Ketua-ketua Jabatan dan Unit bersama anggota-anggota MBMB.

Turut diadakan penyampaian sumbangan kepada wakil Pusat Tahfiz Al-Quran dan Al-Hadis Perigi Hang Tuah Duyong, Ustaz Abul Firda bin Ahmad. Sumbangan juga disampaikan kepada imam yang mengimamkan solat Dhuha yang diadakan pada setiap hari Isnin.

Tahniah kepada seluruh warga kerja MBMB atas penglibatan dan komitmen yang diberikan. Semoga Al-Quran terus menjadi pedoman dalam kehidupan serta membimbing kita ke arah keberkatan dan kebahagiaan dunia serta akhirat.

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Directory : MBMB Directory
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Thursday 02 April 2026, 07:33:21.

Total Visitors

04533626

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2026 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.