25 Februari - Majlis Send-Off anggota Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, En. Abdul Rahman bin Mohamad, Jabatan Landskap Dan Pengindahan Bandaraya yang telah berkhidmat selama 26 tahun 5 bulan telah diadakan di Lobi Graha Makmur, MBMB.
Hadir meraikan adalah YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB , Tn. Hj. Moahzam bin Asari , Pengarah Landskap Dan Pengindahan Bandaraya , Pegawai-pegawai Kanan serta anggota-anggota MBMB.
Selamat bersara diucapkan buat beliau dan didoakan agar sentiasa diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusan.




