Majlis Sanjungan Budi Semarak Kasih Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

 

Majlis Sanjungan Budi Semarak

15 Julai - Majlis Sanjungan Budi Semarak Kasih Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah diadakan di Double Tree by Hilton , Melaka.

Majlis ini merupakan majlis penghargaan kepada pesara dan bakal pesara MBMB, anggota yang telah berkhidmat selama 20 tahun serta anggota yang telah tamat kontrak.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB. Hadir sama Clr. Zamani bin Md. Isa, Timbalan Ketua Ahli Majlis , Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, Ahli-ahli Majlis MBMB, ketua-ketua jabatan dan unit serta anggota MBMB yang diraikan.

Cik Hjh. Siti Rahmah binti Ismail turut menyampaikan ucapan beliau mewakili semua anggota yang diraikan . Tn.Hj. Anuar bin Dolmat telah mengetuai bacaan Ikrar Tamat Perkhidmatan bersama pesara dan bakal pesara di hadapan Pengurusan Tertinggi.

Tahniah kepada semua anggota MBMB pesara dan anggota MBMB yang telah berkhidmat selama 20 tahun serta anggota kontrak yang diraikan.

Jasa dan bakti anda semua pasti dikenang.

 

 

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Directory : MBMB Directory
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Wednesday 21 January 2026, 07:28:56.

Total Visitors

04454595

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2026 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.