

5 April - Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat Kebangsaan telah berlangsung dengan cukup meriah di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka.
Majlis ini dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji. Mohd. Ali bin Mohd Rustam bersama tetamu istimewa Perdana Menteri, Y.A.B Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim. Turut mengiringi Ketua Menteri Melaka Y.A.B Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Dato' Azhar Bin Haji Arshad dan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka dan Persekutuan.
Turut hadir, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB serta Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB.
Hadirin dihidangkan dengan pelbagai juadah hari raya serta turut dihiburkan dengan persembahan oleh Ayda Jebat, Zamani, Haziq, Hazama, Anuar Zain dan Yasser.



