

1 April- Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan İklim Dan Pengurusan Bencana telah diadakan di Kompleks Sukan Komuniti Krubong.
Turut hadir menyerikan majlis, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali bin Rustam, Yang DiPertua Negeri Melaka serta isteri, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka, YB Dato’ Azhar bin Hj. Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Lim Ban Hong, ADUN Klebang, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, serta Ahli-ahli Majlis MBMB dan Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB.
Hadirin turut dihiburkan dengan persembahan daripada Dato’ Hattan serta Hazama.



