
13 Januari - Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Bil. 1 tahun 2026 telah berlangsung di Dewan Taming Sari, MBMB. Jabatan Pengurusan dan Sumber Manusia serta Unit Integriti selaku hos perhimpunan pada kali ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB di mana beliau turut menyampaikan amanat beliau tentang perancangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah bagi tahun 2026 serta harapan beliau agar semua anggota MBMB terus istiqamah dan berusaha untuk memperkasakan MBMB agar sentiasa dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat, untuk terus menabur bakti, demi kesejahteraan dan kelestarian warga Bandaraya . Di samping itu, beliau turut mengingatkan agar anggota MBMB agar berintegriti dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah juga turut berbesar hati meraikan Ulang Tahun Kelahiran YBhg. Datuk Bandar dan semoga beliau diberikan kesihatan yang baik untuk terus meneraju MBMB ke arah tahap yang lebih cemerlang.



