Majlis Perasmian Program Bandaraya Penyayang Sempena Karnival Demi Paya Rumput


10 Februari - Seterusnya, Majlis Perasmian Program Bandaraya Penyayang Sempena Karnival Demi Paya Rumput telah diadakan di kediaman Pn. Lizawati bt Ismail, Kg. Sg. Badau, Krubong.

 

Terdahulu anggota Jabatan Pengurusan Korporat dan Komuniti, Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya serta Jabatan Infrastruktur Komuniti dan Logistik MBMB telah bersama-sama membersihkan kawasan dalam dan sekitar rumah beliau. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Rais Bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana merangkap ADUN Paya Rumput.

 

Hadir sama YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Clr. Nor Hashim bin Yusof, Clr. Mohd Faizal bin Kamaruddin, Clr. Ahmad Yusof bin Rahmat, Clr. Kamalrozaman bin Abdol Kadel , Ahli-ahli Majlis MBMB Clr. Hamidah binti Husin, Ahli Majlis Turut Hadir MBMB , Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, wakil agensi, Setiausaha JAPERUN Paya Rumput, ketua-ketua jabatan MBMB serta anggota MBMB.

 

Kerja-kerja mengecat rumah , membersihkan persekitaran luar kawasan rumah serta menukar tikar getah turut dilaksanakan. MBMB turut memberikan sumbangan wang tunai, kit makanan daripada YAB Ketua Menteri Melaka, serta barangan makanan asas yang turut disumbangkan oleh Lions Club Tanjung Bidara.

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Directory : MBMB Directory
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Friday 06 March 2026, 07:02:06.

Total Visitors

04512119

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2026 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.