
3 Januari - Melaka Bila Larut Malam kembali lagi pada tahun ini. Telah berlangsung Majlis Perasmian Melaka Bila Larut Malam 3.0 di perkarangan Stadthuys, Banda Hilir. YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka hadir menyantuni para pengunjung yang membanjiri Zon Bebas Kenderaan pada malam. Pada tahun ini sempena Melaka Bila Larut Malam pengunjung diberi kemasukan secara percuma sekiranya memakai busana etnik tradisional Melaka. Turut diadakan persembahan daripada Briged Seni dan Badan Kebudayaan dan Kesenian MBMB. Turut hadir YB Datuk Wira Azhar bin Hj. Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB dan isteri beliau.



