Majlis Perasmian Jejantas Tun Teja menggamit kehadiran warga bandaraya Melaka

21 Februari - Malam yang cukup bersejarah di mana satu lagi ikon pelancongan baharu Negeri Melaka dibuka kepada orang ramai. Majlis Perasmian Jejantas Tun Teja menggamit kehadiran warga bandaraya Melaka pada malam ini.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.

Hadir sama, YB Datuk Wira Ibrahim bin Durum, Speaker DUN Negeri Melaka, YB Dato’ Azhar bin Hj. Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, barisan dif-dif kehormat, YB Datuk Hjh. Kalsom binti Nordin, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Komuniti merangkap ADUN Pengkalan Batu, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Ketua-ketua jabatan dan Agensi serta rakan-rakan media.

Jejantas Tun Teja merupakan sebuah mercu tanda ikonik yang diberi nafas baharu dan melambangkan kebijaksanaan, keberanian, keanggunan serta kesetiaan Tun Teja sebagai tokoh penting yang dihormati dalam sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

Warna warni yang menghiasi jejantas ini diinspirasikan daripada bendera Melaka yang menggunakan warna merah, biru dan putih dan bendera Malaysia yang menggunakan warna kuning, biru, merah dan putih.

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Directory : MBMB Directory
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Wednesday 21 January 2026, 07:28:56.

Total Visitors

04454596

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2026 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.