4 Jun - Majlis Penyampaian Surat Kenaikan Pangkat telah diadakan di Pejabat YBhg. Datuk Bandar, Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman. Beliau telah menyampaikan surat tersebut kepada 8 orang pegawai yang telah dinaikkan pangkat iaitu bagi Pegawai Tadbir N48 seramai 2 orang , Penolong Jurutera JA38, Penolong Jurutera JA36 seramai 2 orang, Penolong Pegawai Tadbir N32 dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U32.
Hadir sama Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya MBMB.
Tahniah diucapkan kepada semua dan selamat maju jaya!




