
22 Januari - Majlis Penyampaian Sumbangan Program Jom Ke Sekolah Bagi Tahun 2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Datuk Bandar MBMB. YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB meluangkan masa beliau menyantuni 10 orang anak-anak anggota Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah yang kurang berkemampuan bagi memulakan sesi persekolahan pada tahun ini. Hadir sama, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB serta En. Hafiz bin Hj. Hasan, Pengarah Pengurusan Korporat dan Komuniti MBMB.



