
30 Januari - Majlis Penyampaian ASEAN Tourism Awards telah diadakan di Grand Ballroom ,Nustar Resort , Cebu Philippines . Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah menerima Anugerah Asean Clean Tourist City Standard 2026-2028 dan anugerah tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan , Seni dan Budaya Malaysia kepada YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin , EXCO Kanan Perumahan , Kerajaan Tempatan , Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana. Hadir sama YB Datuk Wira Azhar bin Hj. Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka , YB Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman, EXCO Pelancongan , Warisan , Seni dan Budaya , YBhg. Datuk Hj.Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Clr. Mustafa bin Mohamed Baboo, Ketua Ahli Majlis MBMB, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff , Setiausaha Bandaraya serta pegawai kanan MBMB. MBMB telah berjaya merangkul anugerah ini buat kali kedua kerana telah mematuhi semua kriteria penilaian ASEAN Clean Tourist City Standard di mana penilaian telah dilaksanakan pada bulan Oktober 2025 oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.



