Majlis Pecah Tanah Projek Membina dan Menyiapkan Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM dan Tadika JAIM Pasir Puteh Bachang

21 Februari - Telah berlangsung Majlis Pecah Tanah Projek Membina dan Menyiapkan Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM dan Tadika JAIM Pasir Puteh Bachang, Melaka yang diadakan bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Pengkalan Batu.

YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh. Ketua Menteri Melaka telah menyempurnakan majlis pecah tanah bagi projek menaiktaraf SRA Jaim dan Tadika Jaim Pasir Puteh, Bachang.

Turut hadir mengiringi YAB Ketua Menteri adalah YB Dato' Azhar bin Hj. Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Hjh. Kalsom binti Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, YB Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama serta dif-dif kehormat yang lain. Hadir sama YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB.

Projek naiktaraf ini melibatkan pembinaan bangunan dua tingkat, enam bilik dengan kapasiti 360 murid SRA serta empat bilik darjah yang mampu menampung 100 murid tadika seerta pelbagai kemudahan lain seperti bilik mesyuarat, surau, kantin dan tempat letak kereta berbumbung dan terbuka serta lain-lain prasarana.

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Directory : MBMB Directory
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Wednesday 21 January 2026, 07:28:56.

Total Visitors

04454596

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2026 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.